free web page builder


ANUGERAH
HARI PEKERJA 2018

    "PEKERJA BERKEMAHIRAN PENERAJU KECEMERLANGAN NEGARA"

Objektif

Mobirise

Mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara.

Mobirise

Mengeratkan semangat kerjasama dan permuafakatan secara "tripartisme" antara tiga pihak iaitu kerajaan, majikan dan pekerja dalam usaha pembangunan negara.

Mobirise

Pengiktirafan kepada majikan yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin, penyayang serta responsif kepada perubahan persekitaran pekerjaan.

Insentif

  • Hadiah wang tunai, sebuah piala dan sijil kemenangan kepada setiap pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan kecuali Anugerah Perdana Menteri Tokoh Mahir di mana pemilihannya akan dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia.
  • Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai bernilai RM75,000 (Tujuh Puluh Lima Ribu Ringgit), piala dan sijil ditawarkan kepada pemenang anugerah mengikut kategori.
  • Anugerah paling berprestij adalah Anugerah Perdana Menteri Tokoh Mahir yang diberikan kepada individu yang berkemahiran dan menyumbang kepada rakyat.
  • Senarai nama pemenang-pemenang anugerah akan dipaparkan di dalam akhbar-akhbar utama.

Senarai Anugerah

  1. ANUGERAH PERDANA MENTERI  TOKOH MAHIR
    - PIALA DAN SIJIL
  2. ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA (EKSEKUTIF)
    - PIALA, SIJIL DAN RM5,000
  3. ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA (BUKAN EKSEKUTIF)
    - PIALA, SIJIL DAN RM5,000
  4. ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA (OKU)
    - PIALA, SIJIL DAN RM5,000
  5. ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG (SEKTOR AWAM)
    - PIALA, SIJIL DAN RM10,000
  6. ANUGERAH KESATUAN SEKERJA HARMONI (SEKTOR SWASTA)
    - PIALA, SIJIL DAN RM10,000
  7. ANUGERAH MAJIKAN 1MALAYSIA (SYARIKAT BESAR / GLC)
    - PIALA, SIJIL DAN RM10,000
  8. ANUGERAH MAJIKAN 1MALAYSIA (PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA)
    - PIALA, SIJIL DAN RM10,000
  9. ANUGERAH MAJIKAN BERDAYA SAING GLOKAL
    - PIALA, SIJIL DAN RM10,000
  10. ANUGERAH MEDIA TERBAIK (MEDIA CETAK)
    - PIALA, SIJIL DAN RM5,000  
  11. ANUGERAH MEDIA TERBAIK (MEDIA ELEKTRONIK)
    - PIALA, SIJIL DAN RM5,000

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada
Sekretariat,
Pertandingan Anugerah Hari Pekerja 2018,
Pertubuhan Keselamatan Sosial,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Tingkat 11, Menara PERKESO,
281, Jalan Ampang,
50538 Kuala Lumpur.

Ku Shazil Imri Ku Shaari
Tel.: 03 4264 5403
H/p: 018 944 4937 
Emel: imri.shaari@perkeso.gov.my 

Safrizal B. Hisham Shunmugam
Tel.: 03 4264 5000 samb. 5081
H/p: 016 913 5211 
Emel: safrizal.hisham@perkeso.gov.my